Am I Fault ?
Aku dah tk tahan lagi wei .
Sebab mulut kau sendiri org benci kau .
Tp kau kata orang pinggirkan kau .
Fikir lah matang !
Kau pinggirkan diri sendiri nak salahkan orang lain .
Kau tak rasa semua ni sebab kau rasa kau perfect .
Dari fizikal memang kau perfect .
Dari mental orang yang rapat kenal je tahu .
Kau banyak kali sakitkan hati aku .
Kau kata aku sakitkan hati kau .
Apa yang aku sakitkan hati kau ?
Aku rampas orang yang rapat dengan kau ?
Itu masalah diri kau sendiri ,
Kalau kau jaga hati orang, orang tak lari dari kau .
Tapi kau dah sakitkan hati kawan kau sendiri,
Dia yang datang kat aku .
Aku tak berniat nak rampas .
Untuk apa ?
Selama ni, kau banyak kali sangat buat aku macam ni .
Tapi aku sabar ,
Bila aku tak sabar, aku menangis,
Tapi tkda orang thu .
Sebab itu bukan masalah orang untuk orang tahu .
Aku mengadu kat orang, orang tetap salahkan aku .
Akhirnya, aku nekad mengalah dan belajar mendekatkan diri .
Tapi mungkin balasan Allah pada kau yang pernah buat aku dulu .
Sebab apa aku kata balasan dari Allah ?
Sebab, dulu kau tak pernah macam ni,
Aku dan dia je yang selalu terasa .
Tapi sekarang, bila kita orang dah ada pengalaman yang pernah kau bagi ,
Kita orang belajar dari kesilapan ,
Tapi sekarang kau pula yang terkena bukan dari kitaorang .
Kau menangis di khalayak ramai ,
Orang kata aku salah,
Orang kata aku perampas,
Orang kata aku Tak adil !
Kau pernah tak fikir perasaan aku dulu ?
Kau sentiasa salahkan orang .
Kau kata aku kuat terasa lh,
Kau kata aku yang mengada2 .
Tapi sekarang kau sedar tak yang semua ni terjadi pada kau sendiri ?
Betul kata orang, jangan mengata orang, nanti sendiri terkena .
Dulu aku masih kuat untuk tahan semua soalan dari orang itu .
Tapi tak ada seorang pun tahu yang aku menangis kerana kau !
Orang cuma tahu kau menangis kerana aku !
Mmg _______ , kau kata kau tak back up sesiapa ,
Kau tak salahkan aku .
Kenyataan tu cuma nak tunjuk kau baik .
Tapi sebenarnya memang kau rasa aku yang salah.
Aku jelaskan macam mana sekali pun walau dengan air mata darah sekali pun,
Kau tetap salahkan aku sampai di puas hati kan ?
Kata putus dari mak aku,
"Diamkan sahaja bila budak tu cakap, sebab dia sentiasa rasa adik yang salah !"
Memang,
Mulut orang aku tak boleh tutup .
Malam tadi macam2 soalan kau bagi aku .
Aku tension !
hati aku dah penuh dangat dengan masalah di rumah, sekolah dan lain2 !
Cuma aku cuba untuk selesaikan sendiri,
Aku malu nak mengadu kat orang .
Bila jari jemari aku dah tak bermaya untuk menulis,
Aku menangis .
Aku lari masuk bilik .
Aku taknak mak ayah aku risau ,
Aku cakap aku tibatiba migrain .
Dalam bilik, aku tak tahu nak bercakap dengan siapa untuk mengadu,
Bila aku mengadu kat dia,
kau kata aku batu api .
Tapi memang dia kawan tempat aku mengadu dari dulu .
Aku cuba lelapkan mata,
Tapi tak boleh aku fikir apa aku patut buat nak kau puas hati dan tutup mulut orang tu .
tapi aku tak berdaya,
Sebab aku sentiasa teringat apa yang kau pernah cakapkan pada aku,
Soalan yang orang tu bagi aku,
Kenyataan yang orang katakan pada aku !
Semuanya menyalahkan aku !
Aku tidur dalam menangis thu tak ?
Sebenarnya, orang tu cume nak aku puaskan hati kau dengan hati aku sendiri yang sakit .
Orang tu nak aku tinggalkan kawan yang kau kata aku rampas dia,
Bia kau dapat dia,
Biar aku yang dipinggirkan,
betulkan semua ni ?
Demi Allah, aku dah tak tahan lagi !
Sampai bila kau nak buat aku macam ni ?
Aku pun dah tak tahu macamana nak bela diri aku sendiri .
Tolonglah sedar wei .
Jangan buat orang yang selama ni hormat kau jadi menyesal ;[
Jagalah Mulut Tu Sendiri, Kalau Taknak Orang Jagakan !
No comments:
Post a Comment